Monday 30 April 2012

Himpunan Doa-doa Harian

HIMPUNAN DOA-DOA HARIAN

 
 
Doa Mengambil wuduk
Doa Penerang Hati
Doa Hindar Azab Api Neraka
Doa Mohon Kesabaran
Doa Taubat
Doa Terang Hati
Doa Hilang Rasa Marah
Doa Masuk Tandas
Doa Keluar Tandas
Doa Menghilangkan Rasa Takut atau Terkejut
Doa Sebelum Tidur
Doa Bangun Tidur
Doa Menuntut Ilmu
Doa Para Rasul dan Mukmin
Doa Mendapat Berita Gembira
Doa Ketika Sukar Menyelesaikan Masalah
Doa Menghadapi Kecelakaan
Doa Waktu Pagi dan Petang

Soal jawab bab Puasa

Dalami ilmu anda dalam bab puasa. Sila lawati laman web berikut :
http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=category&sectionid%20=12&id=42&Itemid=85

Jagalah 7 Sunnah Rasulullah S.A.W.

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Fadhilat Solat Berjamaah

Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Friday 27 April 2012

Adab Membaca Al-Quran

Adab membaca al-Quran

WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya.
Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.

- Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama".

- Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan)

Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.

- Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar)

Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (Surah Al-Isra’: Ayat 109)

- Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.

- Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (Surah An-Nahl: Ayat 98)

- Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isti’adzah saja.

- Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad: Ayat 24)

- Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad)

Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim)

Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran.

Misalnya, membaca dengan suara keras pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang istirahat dan solat malam.

- Dengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.” (Surah Al-A’raaf: Ayat 204)

- Membaca dengan saling bergantian. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

- Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca “Subhaana Rabbiyal A’laa”' (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.

- Berdoa selepas membaca al-Quran. Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: “Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai dengan tuntutan al-Quran. Ia harus dipelihara kesucian dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayat-ayatnya.

Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman kepada al-Quran.

Thursday 26 April 2012

Contoh RPH Pendidikan Islam Tahun 4


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran              : Pendidikan Islam ( Ibadah )
Kelas                             : Tahun 4                                                          
Tarikh / Hari                  : 19 APRIL 2012 / KHAMIS     
Masa                              : 12.05 – 12.35 pagi  ( 30 minit )                                          
Bil. Pelajar                    : 10 orang
Tajuk                             : Solat – Pengertian Solat, Rukun dan Rukun Solat
Bidang pembelajaran  : Ibadah Solat
Objektif pembelajaran : Mengetahui konsep solat
Hasil pembelajaran      : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
A.    Menguasai isi kandungan :
a. Menjelaskan pengertian solat
b. Menyatakan pengertian rukun
    b.Menyatakan maksud rukun solat
                                   B.   Membina kemahiran berfikir :
                                          a. Membezakan antara pengertian solat, rukun dan rukun solat.
                                          b. Melengkapkan pengertian solat dan rukun solat di papan carta
                                    C.  Mengamalkan sikap dan nilai
                                         a. Istiqamah mengerjakan solat dan melakukannya mengikut
                                             peraturan dan tertib.
                                         b. Melakukan perbuatan rukun solat dengan sempurna.
Konsep utama              : 1. Yakin tentang kewajipan solat yang terdiri daripada beberapa
                                             perbuatan, bacaan dan perlakuan  hati .
                                        2. Rukun solat wajib dilakukan dalam solat  dan solat  tidak sah jika
                                            rukun  solat ditinggalkan
Bahan/ Peralatan/        : 1. Keratan/ kepingan kad 
Bahan Sumber               2. Lembaran kerja
     3. Slaid Powerpoint
Langkah berjaga-jaga : Menyediakan hands-out slaid powerpoint jika terputus bekalan
                                        elektrik untuk semakan murid.
Pengetahuan               : 1. Murid mengetahui tentang solat.
Sedia Ada                      2. Murid mengetahui cara menunaikan solat.

Fasa /
Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/ Mencungkil Idea
( 5 minit )
1. Gambar orang solat

2. Nyatakan rukun Islam yang ke dua?
1. Guru menunjuk-kan gambar orang solat dan bersoal-jawab tentang gambar.
2. Guru menyoal tentang rukun Islam.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.
1. Murid respon tentang gambar dan soalan yang dikemukakan.


Menstruktur/
Menstruktur
Semula
( 15 minit )



Pengertian  Solat :
Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam mengikut syarat –syarat tertentu

Pengertian Rukun :
Rukun ialah sesuatu perkara yang mesti ada dan dilakukan dalam tiap-tiap amalan.


Maksud rukun solat ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan solat, jika ditinggalkan tidak sah solat


1. Guru mempamer-kan  slaid powerpoint mengenai maksud solat

2. Guru bersoal jawab tentang pengertian solat



1. Guru mempamer-kan  pengertian  rukun menggunakan slaid powerpoint.
2. Penerangan guru tentang maksud rukun

1. Guru mempamer-kan  slaid powerpoint tentang maksud rukun
solat.
2. Guru bersoal jawab tentang maksud rukun solat


1. Murid membaca pengertian solat secara kelas dan individu.

2. Murid menjawab soalan guru

.



1. Murid membaca pengertian rukun secara kelas dan individu.
2. Murid mendengar penerangan guru.


1. Murid membaca maksud  rukun solat secara kelas dan individu.
2. Murid menjawab soalan guru.


Applikasi idea
( 5 minit )
Membezakan antara solat dan rukun solat
1. Guru menyedia-kan keratan kad untuk dilengkapi oleh murid secara berkumpulan.  
2. Guru meminta murid mengikut melengkapkan pengertian  solat dengan melekatkan kepingan kad di papan putih

1. Murid secara berkumpulan meletakkan keratan kad di papan putih bagi membezakan pengertian solat, rukun dan rukun solat

Refleksi /
Penutup
( 5 minit )
Aktiviti individu
- Melengkapkan pengertian solat, rukun dan rukun solat
1. Guru mengedar-kan lembaran kerja kepada semua murid..
2. Guru memeriksa kerja murid.

1. Murid menjawab soalan.
2. Murid menyerahkan  jawapan kepada guru.


Refleksi :
1.   9/10 orang murid dapat menjawab lembaran kerja mengenai pengertian solat, rukun dan
      rukun solat dengan betul.
2.   1/10 orang murid masih keliru membezakan pengertian solat dengan rukun solat semasa
       membuat latihan.  

Sunday 15 April 2012

ADAB KETIKA MENUNTUT ILMU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 1-4 yang bermaksud :
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam”.
Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu. Justeru itu, bagaimana pula dengan adab-adab ketika kita belajar ? Di sini terdapat beberapa perkara berkaitan adab ketika belajar, kebaikan dan keburukan mengabaikannya. Antaranya ialah :
Adab-adab Ketika Belajar
  • Membaca Doa Penerang Hati
  • Duduk dengan sopan
  • Mendengar penerangan guru dengan teliti
  • Berlumba-lumba untuk belajar
  • Sabar ketika belajar
  • Sentiasa mengulangkaji pelajaran
  • Menghormati guru anda
  • Mendisiplinkan diri
Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar
  • Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  • Anda akan disenangi guru dan rakan
  • Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar
Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar
  • Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  • Dibenci oleh guru dan rakan anda
  • Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.
Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaallah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Contoh P&P Pendidikan Islam Tahun 3

http://www.gemaislam.net/p&p.wmv

Kaedah dan Teknik Pengajaran Tlawah Al-Quran

http://www.gemaislam.net/artikel/KAEDAH%20DAN%20TEKNIK%20PENGAJARAN%20TILAWAH%20AL-QURAN.pdf

Konsep Ta'dib dalam Pendidikan

http://www.gemaislam.net/artikel/Konsep_Tadib_dalam_Pendidikan.pdf

Matlamat Pendidikan Islam Menurut Sunnah Rasulullah S.A.W.

http://www.gemaislam.net/artikel/MATLAMAT%20PEND%20ISLAM%20MENRUT%20AS-SUNNAH%20_SULIS_.pdf

Monday 9 April 2012

Adab Bersama Guru

Inilah landasan bolehnya mencium tangan. Anas bin Malik ra: "Ku lihat mereka berebutan menciumi telapak tangan nabi Muhammad SAW dan menaruhkan telapak tangan Beliau di wajah mereka, lalu kuikuti perbuatan mereka maka ketika kutaruh tangan Beliau di wajahku maka kurasakan tangan itu lebih sejuk dari emas, dan tidak ada sutera yang lebih lembut dari telapak tangan Beliau dan tidak ada wangian yang lebih wangi dari harumnya keringat Beliau”. Setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW datanglah para tamu kepada Anas bin Malik ra, seraya bertanya : “adakah tanganmu ini menyentuh kulit Rasulullah saw?”, maka Anas bin malik berkata : “ya”, maka mereka mengambil tangan Anas dan menciuminya, demi mengambil berkah dari tangan yang bersentuhan dengan nabi Muhammad SAW. (Adabul Mufrad oleh Imam Bukhari). Ini dasar boleh mencium tangan orang yang kita muliakan, seperti guru, orang tua, mertua atau yg dituakan, kakak & suami ( Imam Nawawi). Adabnya sederhana tetapi menumbuhkan silaturrahm yg mendalam, saling cinta & saling hormat, SUBHANALLAH.