Doa Mengambil wuduk |
Doa Penerang Hati |
Doa Hindar Azab Api Neraka |
Doa Mohon Kesabaran |
Doa Taubat |
Doa Terang Hati |
Doa Hilang Rasa Marah |
Doa Masuk Tandas |
Doa Keluar Tandas |
Doa Menghilangkan Rasa Takut atau Terkejut |
Doa Sebelum Tidur |
Doa Bangun Tidur |
Doa Menuntut Ilmu |
Doa Para Rasul dan Mukmin |
Doa Mendapat Berita Gembira |
Doa Ketika Sukar Menyelesaikan Masalah |
Doa Menghadapi Kecelakaan |
Doa Waktu Pagi dan Petang |
Monday, 30 April 2012
Himpunan Doa-doa Harian
HIMPUNAN DOA-DOA HARIAN
Soal jawab bab Puasa
Dalami ilmu anda dalam bab puasa. Sila lawati laman web berikut :
http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=category§ionid%20=12&id=42&Itemid=85
http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=category§ionid%20=12&id=42&Itemid=85
Jagalah 7 Sunnah Rasulullah S.A.W.
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu
mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.
Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup
bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Fadhilat Solat Berjamaah
Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

- Fardhu ain pada solat Jumaat;
- Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
- Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.
Friday, 27 April 2012
Adab Membaca Al-Quran
Adab membaca al-Quran
WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya.Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.
- Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama".
- Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan)
Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.
- Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar)
Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (Surah Al-Isra’: Ayat 109)
- Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)
Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.
- Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (Surah An-Nahl: Ayat 98)
- Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isti’adzah saja.
- Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad: Ayat 24)
- Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad)
Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim)
Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran.
Misalnya, membaca dengan suara keras pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang istirahat dan solat malam.
- Dengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.” (Surah Al-A’raaf: Ayat 204)
- Membaca dengan saling bergantian. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud)
- Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca “Subhaana Rabbiyal A’laa”' (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.
- Berdoa selepas membaca al-Quran. Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: “Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)
Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai dengan tuntutan al-Quran. Ia harus dipelihara kesucian dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayat-ayatnya.
Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman kepada al-Quran.
Thursday, 26 April 2012
Contoh RPH Pendidikan Islam Tahun 4
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Pendidikan
Islam ( Ibadah )
Kelas : Tahun 4
Tarikh / Hari : 19
APRIL 2012 / KHAMIS
Masa : 12.05 – 12.35 pagi ( 30 minit )
Bil. Pelajar : 10 orang
Tajuk : Solat
– Pengertian Solat, Rukun dan Rukun Solat
Bidang pembelajaran : Ibadah
Solat
Objektif pembelajaran :
Mengetahui konsep
solat
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
A.
Menguasai isi kandungan :
a. Menjelaskan pengertian solat
b. Menyatakan pengertian rukun
b.Menyatakan maksud rukun solat
B. Membina kemahiran berfikir :
a.
Membezakan antara pengertian solat, rukun dan rukun solat.
b.
Melengkapkan pengertian solat dan rukun solat di papan carta
C. Mengamalkan sikap dan nilai
a. Istiqamah
mengerjakan solat dan melakukannya mengikut
peraturan
dan tertib.
b.
Melakukan perbuatan rukun solat dengan sempurna.
Konsep
utama : 1.
Yakin tentang kewajipan solat yang terdiri daripada beberapa
perbuatan,
bacaan dan perlakuan hati .
2. Rukun solat wajib dilakukan dalam
solat dan solat tidak sah jika
rukun solat ditinggalkan
Bahan/ Peralatan/ : 1. Keratan/ kepingan kad
Bahan Sumber
2. Lembaran kerja
3. Slaid Powerpoint
Langkah berjaga-jaga : Menyediakan hands-out slaid powerpoint
jika terputus bekalan
elektrik untuk semakan murid.
Pengetahuan : 1. Murid mengetahui tentang solat.
Sedia Ada 2.
Murid mengetahui cara menunaikan solat.
Fasa /
Masa
|
Isi
Kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran Pembelajaran
|
Nota
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Permulaan/ Mencungkil
Idea
( 5 minit )
|
1. Gambar orang solat
2. Nyatakan rukun Islam
yang ke dua?
|
1. Guru menunjuk-kan
gambar orang solat dan bersoal-jawab tentang gambar.
2. Guru menyoal tentang
rukun Islam.
3. Guru mengaitkan
jawapan murid dengan isi pelajaran.
|
1. Murid respon tentang
gambar dan soalan yang dikemukakan.
|
|
Menstruktur/
Menstruktur
Semula
( 15 minit )
|
Pengertian Solat :
Solat ialah beberapa
perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi
dengan salam mengikut syarat –syarat tertentu
Pengertian
Rukun :
Rukun
ialah sesuatu perkara yang mesti ada dan dilakukan dalam tiap-tiap amalan.
Maksud
rukun solat ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan
solat, jika ditinggalkan tidak sah solat
|
1. Guru
mempamer-kan slaid powerpoint mengenai
maksud solat
2. Guru bersoal jawab
tentang pengertian solat
1. Guru mempamer-kan pengertian rukun menggunakan slaid powerpoint.
2. Penerangan guru tentang
maksud rukun
1. Guru
mempamer-kan slaid powerpoint tentang
maksud rukun
solat.
2. Guru bersoal jawab tentang
maksud rukun solat
|
1. Murid membaca
pengertian solat secara kelas dan individu.
2. Murid menjawab soalan
guru
.
1. Murid membaca
pengertian rukun secara kelas dan individu.
2. Murid mendengar
penerangan guru.
1. Murid membaca
maksud rukun solat secara kelas dan
individu.
2. Murid menjawab soalan
guru.
|
|
Applikasi idea
( 5 minit )
|
Membezakan antara solat
dan rukun solat
|
1. Guru menyedia-kan
keratan kad untuk dilengkapi oleh murid secara berkumpulan.
2. Guru meminta murid mengikut
melengkapkan pengertian solat dengan
melekatkan kepingan kad di papan putih
|
1. Murid secara
berkumpulan meletakkan keratan kad di papan putih bagi membezakan pengertian
solat, rukun dan rukun solat
|
|
Refleksi /
Penutup
( 5 minit )
|
Aktiviti individu
- Melengkapkan
pengertian solat, rukun dan rukun solat
|
1. Guru mengedar-kan lembaran
kerja kepada semua murid..
2. Guru memeriksa kerja
murid.
|
1. Murid menjawab
soalan.
2. Murid menyerahkan jawapan kepada guru.
|
|
Refleksi :
1. 9/10 orang murid dapat menjawab lembaran
kerja mengenai pengertian solat, rukun dan
rukun solat dengan betul.
2. 1/10 orang murid masih keliru membezakan
pengertian solat dengan rukun solat semasa
membuat latihan.
Sunday, 15 April 2012
ADAB KETIKA MENUNTUT ILMU
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh…
Menuntut
ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun
ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia
di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat
1-4 yang bermaksud :
“Bacalah
dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia
dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar
manusia dengan perantaraan Qalam”.
Ayat
di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran memerintahkan
supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu. Justeru itu,
bagaimana pula dengan adab-adab ketika kita belajar ? Di sini terdapat beberapa
perkara berkaitan adab ketika belajar, kebaikan dan keburukan mengabaikannya.
Antaranya ialah :
Adab-adab
Ketika Belajar
- Membaca Doa Penerang Hati
- Duduk dengan sopan
- Mendengar penerangan guru dengan teliti
- Berlumba-lumba untuk belajar
- Sabar ketika belajar
- Sentiasa mengulangkaji pelajaran
- Menghormati guru anda
- Mendisiplinkan diri
Kebaikan
Menuruti Adab-adab Ketika Belajar
- Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
- Anda akan disenangi guru dan rakan
- Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar
Akibat
Mengabaikan Adab Ketika Belajar
- Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT
- Dibenci oleh guru dan rakan anda
- Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.
Dengan
ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala
adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di
dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaallah kita akan
menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat
keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)